Quantcast
Channel: Cikgu Siti Hazreen
Viewing all articles
Browse latest Browse all 218

Muhasabah Diri

$
0
0
Image result for cermin diri

Al-kisahnya petang tadi, sebelum bermulanya mesyuarat, pengetua meminta semua guru menulis di sehelai kertas A4 tentang 3 perkara; iaitu
1. Kelebihan pengetua
2. Kelemahan pengetua
3. Harapan kepada pengetua

Nama tidak perlu ditulis, tapi saya nyatakan nama saya kerana saya bertanggungjawab terhadap apa yang saya tulis.

Apa yang saya tulis? Biarlah rahsia hehe...

Sejak dari kecil, saya memang seorang yang berani bersuara.

Tapi lama kelamaan, (mungkin sel-sel otak telah berhubung dengan saraf emosi dan perasaan) menyebabkan kalau nak menyatakan sesuatu perkara (walaupun benar) saya perlu mencari ayat yang sesuai. Orang kata, ayat berlapik.

Bukan basuh
Bukan sound-direct
Bukan jenis cakap main pakai hambur sahaja tapi hati baik
Bukan juga perli

Nak-nak lagi dalam posisi pekerjaan saya sebagai guru, atau lebih tepat lagi sebagai kaunselor, pemilihan perkataan dalam sesuatu ayat itu perlulah tepat dan tidak melukai hati orang.

Selesai menulis, saya pun serahkan kertas kepada pengetua.

Pengetua kata "ini sesi muhasabah saya"

Pengetua ada mencadangkan supaya guru-guru membuat seperti ini dengan anak murid. In syaa Allah saya akan buat.

Bagi saya, ketua yang bagus, ialah ketua yang boleh menerima kritikan.

Image result for cermin diri

p/s: sebenarnya saya rasa bertuah diberi peluang sebegini setelah merasa dibawah pentadbiran 3 orang pengetua.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 218