
Assalamualaikum dan Hai!
Semalam saya sempat menguruskan pertukaran nama bil air rumah saya.
Di Bahau ini, Pejabat Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) terletak berhampiran dengan SMK Bandar Baru Serting.
Apa yang diperlukan untuk tukar nama di bil air ialah:
1. Salinan IC
2. SnP rumah
Kedua-duanya tidak memerlukan 'cop pengesahan'.
3. Isi borang SAINS (akan diberikan di pejabat SAINS)
Bawalah sekali satu bil air yang lama, sebagai rujukan (diperlukan untuk mengisi borang SAINS nanti).
Masa di kaunter itu, sedia duit deposit bil air ya.
Deposit bagi rumah setingkat ialah RM70, manakala kos sambungan pula RM40. Haaa, jumlahnya RM110 kau!! Nasib baik dalam dompet ada duit wehhh!! Berpeluh nak bayar!
Tengahari tadi, orang SAINS sudah tukar meter rumah. Yeahhh!!
Bil bulan depan, Januari 2019, insyaa allah akan tertera nama saya!!