Quantcast
Channel: Cikgu Siti Hazreen
Viewing all articles
Browse latest Browse all 218

Duit Hilang Dalam Akaun Bank CIMB Islamik

$
0
0

Image result for cimb
Assalamualaikum dan hai!

Pada 22 April iaitu hari Isnin yang lalu, saya telah menerima 3 mesej berturutan yang menyatakan terdapat pengeluaran wang dari akaun Bank CIMB saya.

Saya ada dua akaun Bank CIMB. Yang pertama jenis konvensional, dan yang kedua jenis Islamik. Duit yang hilang ialah daripada akaun Bank CIMB Islamik.



Ini adalah screenshot gambar mesej yang saya terima.

Bila masa pulak saya membeli belah di Amazon Singapura? 

Pelik!!

Waktu itu, saya tidak terfikir duit ini keluar dari akaun CIMB Islamik. Sebab, hanya akaun CIMB Konvensional sahaja yang boleh membuat transaksi secara online. Akaun CIMB Islamik hanya boleh menerima duit masuk sahaja.

Saya terus telefon Bank CIMB di talian 03-6204 7788 untuk pengesahan.

Pegawai Bank CIMB mengesahkan bahawa, duit saya keluar daripada akaun CIMB Islamik. Lagi lah pelik! Sebab, akaun Bank CIMB Islamik hanya boleh menerima duit masuk, tak boleh dikeluarkan secara online!

Sah! Duit saya hilang dalam akaun Bank CIMB Islamik!


Pegawai Bank CIMB mencadangkan agar kad ATM saya di block, untuk menghalang sebarang transaksi keluar duit lagi. Kalau takblock, mungkin tinggal kosong dalam akaun saya! (Ceh, macam ada juta-juta dalam akaun hehe)

Saya perlu ke bank berdekatan untuk maklumkan hal ini dan boleh buat kad ATM yang baharu.

Saya sempat bertanya, macam mana duit saya boleh hilang dalam akaun Bank CIMB. Jawapannya ialah, mungkin orang dah tahu nombor kad ATM Bank CIMB saya (dibahagian hadapan kad), dan juga dah tahu nombor pin 3 angka dibelakang kad.

Image result for cimb

Tapi...saya masih musykil, sebab kad Bank CIMB Islamik ini, saya jarang guna. 

Esok, insyaa allah saya akan ke Bank CIMB berdekatan untuk urusan kad ATM yang baharu.

p/s: hati-hati korang, selalulah semak baki akaun dalam bank, walaupun hanya ada beberapa Ringgit Malaysia sahaja.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 218