Assalamualaikum dan hai!
Saya ada masukkan "Misi mengosongkan stor" dalam Instagram saya minggu ini.
Bolehlah jenguk-jenguk ya.
Buat setakat ini, baru masukkan buku-buku. Barang-barang lain akan menyusul.
Saya memang pening tengok stor rumah ni.
Mahu sahaja dibuang semuanya. Tapi, sayang, semua masih dalam keadaan baik.
Ok, mari kita tengok, sebahagian buku-buku yang hendak dijual.
Ini adalah antara buku hartanah yang saya beli
Masa nak pergi Korea dulu, siap beli buku ni tau! Hehe
Saya memang ada banyak buku pasal hartanah!
Ini buku Mentor saya!
Poskad ini dibeli masa Hari Keluarga SMAHMU di Bukit Tinggi, Pahang.
Selain daripada jual buku, saya juga nak beri barang-barang percuma, seperti poskad ini. Untuk pengetahuan korang, saya ada banyak poskad. Ini semua gara-gara terjebak dengan aktiviti postcrossing(hantar poskad kepada orang luar negara).
Ada yang DM di Instagram, bertanya benarkah saya nak beri percuma sahaja?
Iya benar (bagi item-item yang saya tulis percuma lah).
Janganlah korang minta percuma pada item-item yang telah tertulis harga ya. Mohon baca dengan betul.
Semua buku-buku saya, korang jangan risau pasal kondisinya. Kawan saya pernah pegang buku saya lalu berkata "kau macam tak pernah buka pun buku ni" sebab buku saya masih cantik hehe.
Ok, dah tulis panjang-panjang ni. Mohon singgah Instagram saya ya.
Klik kat logo Instagram kat sebelah kanan atas blog ini atau taipsitihazreendi kotak carian di Instagram.