Quantcast
Channel: Cikgu Siti Hazreen
Viewing all articles
Browse latest Browse all 218

Minggu Setem 2016 Kuala Lumpur dan Perjumpaan Postcrosser Malaysia

$
0
0
Minggu Setem 2016 Kuala Lumpur, setem, pos malaysia


Masa dulukala, bila orang tanya saya:

Orang: Eh, hobi kau apa ek?
Saya  : Hobi aku kumpul setem

Orang: Eeee peliknya, macam orang tua!
Saya  : (Ternganga dan terdiam)

Situasi di atas bukanlah pertama kali berlaku dalam hidup saya, banyak kali. Bila ramai orang kata saya pelik, saya pun beritahu hobi saya yang lain, menonton tv lah, tidur lah, makan lah, ternak lemaklah. 

Saya pun bertanya kepada diri saya, "eh, pelik sangat ke hobi aku ni?" Kita kan cenderung untuk masuk ke dalam sesuatu kelompok masyarakat. Tak nak bagi orang nampak kita ni spesis pelik. Jadi, selepas itu, saya memang tak beritahu orang bahawasanya hobi saya mengumpul setem.

Tapi keterujaan saya pada setem-setem yang cantik-cantik ini tak boleh nak ditutup. Bila saya mula banyak berjalan-jalan, saya mula membeli poskad-poskad untuk dibawa balik. Tapi, bila dah ada poskad, saya tak tahu nak hantar pada siapa.

Postcrossing Logo

Saya tak ingat macam mana saya boleh terjumpa dengan laman web postcrossing. Melaluinya kita boleh hantar poskad-poskad ke luar negara. 

Jadi, selain daripada setem Malaysia, saya dapat juga tengok setem dan poskad luar negara, best apa!

Pada hari Sabtu yang lalu, saya berkesempatan menghadiri Minggu Setem 2016 di Kuala Lumpur. 

Ada 5 perkara yang berlaku pada hari itu:
1. Pertama kali saya jejak Pejabat Pos Kuala Lumpur
2. Pertama kali saya menghadiri acara besar yang melibatkan hobi saya
3. Pertama kali saya jumpa Ain pengumpul setem yang tegar (yang selama ini kami hanya berhubung melalui Instagram sahaja)
4. Pertama kali menghadiri perjumpaan ahli-ahli postcrossing Malaysia
5. Pertama kali saya tengok, orang ramai giler beli setem dan kena ambil nombor giliran untuk membeli setem, okeh!

Jom kita tengok gambar:

Minggu Setem 2016 Kuala Lumpur
Pertama kali saya tengok kena ambil nombor giliran nak beli setem!

Minggu Setem 2016 Kuala Lumpur dan Perjumpaan Postcrosser Malaysia



Minggu Setem 2016 Kuala Lumpur
Nampak takdiorang tengah buat apa? 

Saya tengok kenapa ada orang ramai-ramai kat meja ni? Diorang buat apa? Saya pun ambil gambar ni.

Saya   : Buat apa ni?
Uncle : Tampal setem, loh
Saya   : Buat apa? (tampal setem)
Uncle : (senyum je dia) agaknya dia pelik kot dengan soalan saya

Kata Ain, diorang tampal set setem antarabangsa Malaysia yang baru keluar dekat sampul surat hari pertama. Lepas tu, diorang akan dapatkan cop khas sempena minggu setem dan keluaran setem antarabangsa Malaysia yang pertama.

Minggu Setem ini berlangsung selama 7 hari. Jadi, ada 7 cop khas yang berbeza setiap hari. Kalau peminat tegar, diorang akan kumpul 7 cop berbeza tu.


Minggu Setem 2016 Kuala Lumpur

Minggu Setem 2016 Kuala Lumpur
Ada jualan setem dengan albumnya sekali


Minggu Setem 2016 Kuala Lumpur
Ada jualan setem dan poskad terpakai

Minggu Setem 2016 Kuala Lumpur dan Perjumpaan Postcrosser Malaysia
Acara menandatangani poskad

Dah alang-alang saya di sana, saya join sekali perjumpaan postcrosser Malaysia. Mesra betul postcrosser Malaysia ni. Siap dapat poskad free lagi hehe

Saya tak tahu pulak, ada acara sign poskad. Sebatang pen pun tak bawak weh! Kalut betul! Nasib baik ada yang sudi pinjamkan pen hehe!

Tak dapat ambil banyak tandatangan sebab nak balik kejar tren komuter. Perjalanan hampir 4 jam weh dari Bahau ke Kuala Lumpur.

  • Pertama kali saya rasa hobi mengumpul setem saya ni tak lah pelik mana.
  • Setemni boleh menjana duit, kalau tak masakan diorang sanggup melabur duit yang banyak untuk membelinya.
  • Ada pelbagai peringkat usia. Mengumpul setem bukan old schoolye.
  • Tapi saya belum sampai ke tahap pengumpul setem yang tegar. 

p/s: kepada Ain, terima kasih kerana mengubah persepsi saya sebelum ini dan juga terima kasih atas masa yang telah diluangkan ^__^


Viewing all articles
Browse latest Browse all 218