Tengahari tadi, ketika saya sedang makan tengahari di Kedai Hajah Kak Pah, yang terletak di belakang Billion(pasaraya terkenal di Bahau ini), ada seorang pakcik tua, berdiri sambil mendongak memerhatikan papan menu (yang tertera menu dan harga makanan).
Saya ternampak pakcik itu, dengan pakaian yang agak lusuh, bertopi keledar, memegang sebatang kayu (macam kayu golf) dan 2 buah beg plastik. Saya tanpa berfikir panjang, terus mempelawanya makan:
"cik, makan cik!"
Pakcik itu melihat saya dan berfikir sejenak lalu beredar.
Hajah Kak Pah dan seorang pelanggan lain melihat kejadian itu dari dalam kedai makan. Menyedari mereka melihat saya, lalu saya bertanya:
"pakcik tu betul tak?"
"ntah, tak pernah nampak"
Kejadian ini mengingatkan saya pada peristiwa tahun lepas. Ketika saya sedang makan di Padang Kota, ada budak perempuan datang meminta sedekah. Saya tak beri.
Lepas itu saya didatangi pula oleh budak lelaki. Pun saya tak beri.
Timbul pula keinginan untuk bertanya kepada budak-budak ini. Diorang kata diorangni adik beradik.
"Dah makan?"
"Belum"
"Ok, macam ni lah. Korang pilih apa korang nak makan, saya bayar. Korang nak makan apa?"
"Makan nasi"
Diorang pun pergi ke satu kedai, tak jauh dari tempat saya sedang makan. Saya perhatikan mereka dari jauh.
Pekerja kedai itu hanya membiarkan mereka. Saya nampak dari jauh, mereka menunjukkan tangan ke arah saya. Mungkin diorang nak cakap bahawa sayalah yang akan membayar harga makanan mereka.
Melihatkan pekerja kedai makan itu macam kurang percaya, lalu saya bangun dan menuju ke kedai tersebut.
"Biar mereka pilih nak makan apa, saya bayar"
Barulah pekerja kedai menghulurkan pinggan kepada mereka berdua.
Saya bayar. Saya melihat diorang makan dari meja saya tadi.
Dugaan untuk mereka (mengemis). Juga dugaan buat saya, samada saya boleh membantu atau tidak membantu mereka. Alhamdulillah saya berkesempatan membantu dengan membelikan makanan.
Kembali kepada cerita pakcik tadi. Kalau pakcik tadi makan, in syaa Allah saya bayar.
Kalau kita tengok sesuatu perkara dan mengatakan bahawa ia adalah dugaan pada orang tersebut, ingatlah bahawa ia juga adalah dugaan untuk kita.
p/s: saya belajar ilmu ini semasa saya sedang makan di kantin dari seorang ustazah. Ia membuka mata saya ke sebuah persepsi yang lain ^__^
p/s: saya suka cakap, "kasihan" tapi tak buat apa-apa (ingatan buat diri saya)
~sebak~