Quantcast
Channel: Cikgu Siti Hazreen
Viewing all articles
Browse latest Browse all 218

Skrin Telefon Samsung Retak - Duit Melayang!

$
0
0
Image result for samsung galaxy grand

Yep, satu-satunya telefon yang ada pada saya, skrinnya telah retak. Menurut Kak Nor, retaknya lawa sangat....haaa adoii!!

Al-kisahnya semasa saya sedang bercuti di Penang pada cuti sempena Deepavali, lebih kurang jam 10.00 pagi, hari Ahad, saya ke event bernama Occupy Beach Street 

Ketika sedang syok mengambil gambar, tiba-tiba saya dilanggar oleh seorang amoi. Telefon saya jatuh tersembam ke bumi. 

Pada waktu itu, saya sangkakan telefon saya ok je. Sebab telefon ni memang dah banyak kali jatuh tapi belum pernah skrinnya retak.

Sekali bila saya kutip telefon, mak aiiiretak weh! Macam Kak Nor cakap, retak lawa huhu. Waktu tu saya tergamam. Sambil menyapu skrin telefon di seluar saya, dan memang nampak jelas terkeluar serpihan kaca nya.

Saya beredar. Saya pun malas nak cakap dengan amoi tu. Tak nak jejaskan mood saya yang seronok bercuti. Saya pasti dia pun tak sengaja. 

Mujur ada Pamoga eh, bukan. Mujur kamera masih boleh pakai. Kalau tak, saya terpaksa beli telefon baru di Penang huhu.

Jadi, percutian saya bersama-sama dengan telefon yang retak skrinnya. Masuk dalam poket seluar pun kena hati-hati. Nak taip mesej pun hurmmmm. Nak minta tolong orang amikkan gambar pun kena fikir dua atau tiga kali. Sebab takut jari diorang cedera.

Boleh bayangkan tak, saya tengok Google Maps (hampir setiap masa) dengan telefon yang skrinnya retak teruk? Adoii, berpinar mata.

Dalam hati, ok tak boleh jadi ni, balik rumah kena beli telefon baru. 

Tapi, saya ada satu tabiat, di mana saya suka menangguhkan sesuatu kehendak, selain daripada makanan haha!! Selagi saya boleh tangguh untuk membeli telefon, saya akan tangguhkan. 

Sehinggalah pada hari Khamis minggu lepas, selepas saya main gitar, terasa jari telunjuk tangan kiri saya sakit. Mula-mula saya ingatkan mungkin sebab dah lama tak main gitar. Tapi kan, saya boleh terjaga waktu tidur malam sebab jari sakit!

Alaaa, peliknya. Esok pagi saya tunjuk jari kat akak-akak yang baik hati. Diorang cakap jari saya ada nanah! OMG!! Sebab kaca masuk dalam jari ke? Takkanlah!!


Kak Nor yang baik hati tolong cungkil jari saya dengan jarum. Dia kata takde apa-apa dalam jari saya.

"Kak, kalau saya jumpa doktor, cakap jari saya sakit, ok tak?
"Haha, doktor gelakkan je"
"Akak nihhhh!!"
(Bukan apa, saya takut jari saya kena potong sebab lambat jumpa doktor) sila jangan gelak!

Hari Sabtu baru-baru ni, konon-konon nak beli telefon baru. Tengok-tengok kedai telefon. Tiba-tiba terfikir. Apa kata tanya kedai untuk dibaiki. 

Masuk kedai warna biru:
"Bos, ini telefon boleh baiki?"
"Boleh"
"Berapa"
"RM110 saja"
"Oh, apa yang rosak?"
"touch screen saja, kalau LCD mahal"
"kalau LCD berapa?"
"RM230"

Lepas keluar kedai biru, masuk pulak kedai sebelah warna merah, kebetulan kedai tu baru bukak
"Bos, ini telefon boleh baiki?"
"Boleh, tukar touch screen saja"
"Berapa"
"RM90, sekali dengan tempered glass"
"Oh, kalau tukar LCD?"
"kalau tukar LCD RM130"
"Ok, buat kat kedai you lah"

*Kedai hospital telefon depan SMJKC Chi Wen (pastikan nama kedai tu warna merah)

Lepas skrin telefon dibaiki, jari dah tak sakit. Psiko betul jari nih haha!!

Tapi lepas tukar touch screen, saya perasan ianya agak kurang sensitif pada sentuhan jari. Nak taip Wassaptu memanjang typo je. Kadang-kadang kena tekan banyak kali baru keluar huruf. Hurmmm, adakah perlu tukar telefon baru atau tukar LCD je? hehe

Viewing all articles
Browse latest Browse all 218