Quantcast
Channel: Cikgu Siti Hazreen
Viewing all 218 articles
Browse latest View live

Permohonan Ke Tingkatan 1 Sekolah Menengah Agama Haji Muhamad 2017

$
0
0

Jom layan

Ini ialah lagu kesukaan saya untuk apa-apa program sekolahhaha.

Mood padang pasir gitu

Ok, serius

Syarat-syarat kemasukan ke tingkatan 1 Sekolah Menengah Agama Haji Muhamad ialah seperti berikut:

1. Sekurang-kurangnya 2A dalam UPSR
2. Tiada gred E dalam UPSR
3. Sekurang-kurangnya 4A UPKK

Tingkatan 1 Sekolah Menengah Agama Haji Muhamad menggunakan Kurikulum DINI

Borang permohonan ke tingkatan 1 Sekolah Menengah Agama Haji Muhamad 2017 boleh didapati di pejabat sekolah pada waktu pejabat.

Borang permohonan tersebut tidak boleh di fotostat (ada nombor siri)

Calon-calon akan di senarai pendek untuk menghadiri temuduga pada 04 Disember 2016 (Ahad)

Tarikh tutup permohonan ialah pada 28 November 2016

Alamat: Sekolah Menengah Agama Haji Muhamad, Kampung Jambu Lapan, 72100 Bahau, Negeri Sembilan


~bitaufiq wannajah~
~ahlan wa sahlan~

Cara Semak Harga Emas Public Gold

$
0
0

Siti Hazreen 
Authorised Dealer Public Gold
PG00056447
0112 098 2764 


Mesti ramai nak tahu harga emas Public Gold yang lama kan? Yelah, nak buat perbandingan harga emas Public Gold nanti senang. So, kat sini ada sikit tips untuk korang semua.

Cara semak harga emas Public Gold:

1. Pergi ke Laman Web Public Gold. Klik sini

public gold, emas, emas public gold, harga emas public gold

2. Klik Login

3. Masukkan Username (kod PG) dan Password  
 public gold, harga emas public gold

4. Klik kat Purchase


harga emas public gold, emas, emas public gold,
 
 5. Klik kotak tarikh


harga emas, harga emas public gold, emas, public gold

6. Masukkan tarikh yang berkenan di hati


Cara Semak Harga Emas Public Gold,emas, harga emas public gold, public gold

Saya masukkan tarikh 01 Januari 2016:
Harga emas: RM159  (1g)
Harga perak: RM 2.31 (1g)

Harga hari ini 26 November 2016:
Harga emas: RM183 (1g)
Harga perak: RM 2.84 (1g)

Untung kan??

p/s: Kalau mengikut rekod, harga emas Public Gold hari ini (RM183) adalah sama dengan harga emas Public Gold pada tarikh 05 Mac 2016.

Murah! Murah! Murah!

Jom simpan emas Public GoldSaya boleh bantu anda.

Siti Hazreen 
Authorised Dealer Public Gold
PG00056447
0112 098 2764 

p/s: Cara semak harga emas Public Gold ini adalah dari mentor dan introducer saya, En. Zulkifli. Klik sini untuk ke blog beliau.

p/s: nak emas percuma Public Gold? Klik sini

Filem Hindustan Dear Zindagi Alia Bhatt dan Shah Rukh Khan

$
0
0
Dear Zindagi

Yep, tak salah tengok. 

Tajuknya Dear Zindagi. Jangan gelak.

Haaa, buat pertama kalinya, angkut Mell pergi tengok filemHindustankat wayang haha!!

Ini kali ke-2 saya tengok filem Hindustankat wayang. Kali pertama masa sekolah dulu. Lama gilertak tengok filem Hindustankat wayang.

Selalunya, filem pilihan di wayang ialah filem aksi. Sebab takut tak berbaloi tengok filem genre lain. Dan selalunya jugakfilem berbahasa Inggeris. Jarang tengok filem Bahasa Melayu, Jepun, Korea, Cina dan lain-lain.

Sebenarnya, saya dah lama tak mengikuti perkembangan filem Hindustan. Masa jalan-jalan kat blog siapa ntah, ada update pasal filem ini.

Sejak itu saya selalu pasang lagu ini:

 

So, semalam, ajaklah Mell keluar.

Saya: Beb, jom tengok wayang
Mell: Ok, cerita apa.
Saya: Ntah, kita bincang esok (dalam hati jom tengok Dear Zindagi!)

Sebelum itu dah hantar kat wassap Mell screen shot senarai filem di Palm Mall dan Jusco. Mata dah bersinar-sinar sebab tengok ada Dear Zindagi...yes!! (alaaa, Mell nak tengok ke filem Hindustan?)

Untuk waktu petang ada 2 pilihan filem terdekat. Doctor Strange, Fantastic Beasts and Where To Find Them dan Dear Zindagi.

Doctor Strange, Mell dah tengok. Yesss, tinggal 2 filem.

Saya: Beb nak tengok filem apa?
Mell: Ntah, ikut lah.
Saya: Ok, jom tengok filem Dear Zindagi?
Mell: Ok
Saya: Ok? Betul ni?
Mell: Ok je
Saya: Yeahhh!! Mell tengok filem Hindustan! (serius macam tak percaya)
Mell: Kenapa nak tengok filem ni?
Saya: Sebab ada Alia Bhatt! (saya tak teruja pun nak tengok filem Dilwale kat wayang haha!!)


Jom layan trailer Filem Dear Zindagi

Filem Hindustan Dear Zindagi ini, ada hubung kait dengan kaunseling. Hampir sama, tapi tak serupa.


Saya: Beb, berapa bintang?
Mell: 3.5/5 
Saya: Ala...kenapa sikit?
Mell: Ok lah tu. Filem Dear Zindagini ok, apa yang Shah Rukh Khan buat tu betul. Tapi ada part yang slow.

Erkkk, saya bagi 4/5 bintang haha! Best! Best! Best!

p/s: dialog dalam filem Dear Zindagini best terutama chair(kursi)

p/s: saya rasa saya juga perlukan BD (brain doctor)haha!!

p/s: paling lawak ialah Lebanon 😂😂😂

Permohonan Kemasukan Program Tamidhi Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2017

$
0
0
banner jheains 04

Syarat Kemasukan Program Tamidhi Pengajian Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2017
1. Warganegara Malaysia
2. Umur tak lebih 20 tahun pada 01 Januari 2017
3. Calon atau ibu bapa berasal dari Negeri Sembilan
4.  Telah menduduki Peperiksaan Percubaan SPM 2016 dan memperoleh sekurang-kurangnya:
  • Bahasa Melayu C+
  • Bahasa Arab C dan
  • Bahasa Inggeris C
Borang permohonan program tamidhi Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun 2017 boleh di muat turun di sini

Borang permohonan program tamidhi Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun 2017 yang telah lengkap diisi perlu dihantar ke Bahagian Pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan sebelum atau pada 05 Disember 2016 (Isnin).

Maklumat lanjut:
Telefon: 06-767 2824
Fax: 06-767 1850
E-mel: ptpmi.jheains@gmail.com

Facebook Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan: https://m.facebook.com/jheainsofficial/

Facebook Maahad Ahmadi Negeri Sembilan: https://www.facebook.com/MaahadAhmadiOfficial/

Hadiah Kepada Top Komentator 2016 - Emas Public Gold

$
0
0

Ini adalah entri melekat.

Siti Hazreen
Authorised Dealer Public Gold
PG00056447
0112 098 2764

emas, public gold, emas public gold, top komen

Emas keluaran Public Gold 24 karat gred 999 0.5g (edisi terhad)

Okeh,dah masuk bulan Disember. Kejap saja kan? Pejam celik, pejam celik dah hujung tahun. Tahun depan 2017 pulak

Macam mana keadaan ekonomi Malaysia tahun depan? Atau, lebih tepat kalau tanya, "macam mana keadaan poket kita tahun depan?"

Jadi, seperti yang dijanjikan dalam entri yang lepas, boleh klik sini saya nak hadiahkan kepada seorang top komentator 2016 di blog ini dengan emas Public Gold 24 karat bersamaan gred 999 seberat 0.5g edisi terhad (fuhhhh siapa baca dengan satu nafas memang hebat)haha!!

Entri yang diambil kira untuk di komen ialah semua entri yang ditulis pada tahun 2016. Kalau tahun lain, ia tak dikira dalam sistem.

Apa benda paling best dalam dunia? Tentulah benda percuma kan? Hehe.


Hadiah kepada top komentator 2016 berupa emas Public Gold ini ialah edisi terhad yang dikeluarkan sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Harganya ialah RM120. Tahun depan akan naik lagi. Wallahualam. 

Siapa yang dah ada emas, jadikan hadiah emas Public Gold ini sebagai tambahan kepada aset anda. Siapa yang belum ada emas, nak-nak lagi emas Public Gold, cubalah pegang sekali. Sebab saya tak boleh nak cerita dia punya keseronokan. Anda kena rasa sendiri.

~Hadiah untuk seorang sahaja~

Saya boleh bantu tentang urusan emas dan perak Public Gold.

Siti Hazreen
Authorised Dealer Public Gold
PG00056447
0112 098 2764

Sarapan Pagi di Stesen Bas KOMTAR Penang

$
0
0

Ingat tak cerita huru-hara saya mendapatkan tiket pergi ke Penang? Boleh klik sini dan sini

Bila dah selamat sampai di Stesen Bas Butterworth, naik feri bayar RM2.50 kalau tak silap. Terminal Feri Butterworth dengan Stesen Bas Butterworth dekat-dekat situ je

Sediakan duit syiling. Kalau takde duit syiling, boleh tukar kat situ. Pagi-pagi buta senaman kaki. Jauh giler saya rasa nak ke tempat berlepasnya feri, dengan backpack pulaktu.

Sampai di Terminal Feri Georgetown. Perjalanan dari Terminal Feri Butterworth ke Terminal Feri Georgetown adalah lebih kurang 15 minit sahaja. Masa tu gerimis. Perut lapar. 

So, saya fikir baik ke Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) untuk sarapan pagi dan juga lepak-lepak untuk habiskan waktu.

Sebelah Terminal Feri Georgetown, ada stesen bas. Naiklah bas CAT (bas free) turun di KOMTAR

Inilah tempat saya bersarapan:


Pagi-pagi dah ramai orang. Rambang mata tengok pelbagai jenis kuih-muih dan makanan untuk sarapan pagi.

Kita zoom sikit gambar:


Ejas Place maaa...masa ni tengah popular cerita Surihati Mr.Pilot (watak Ejaz) hehe (saya tengok cerita ni sampai episod ke-5 je, lepas tu malas dah nak tengok)

Kedai Ejas Place ini jual air. Order air kat kedai ni, makanan ambil kat depan.



Sarapan pagi di Stesen Bas KOMTAR Penang. Saya memang makan sikit je waktu sarapan.

Kita zoom gambar:


Karipap ni osem sangat. Inti ikan tau. Sedap!

Permohonan Kemasukan Program Sarjana Muda Pengajian Separuh Masa Ambilan Febuari 2017

$
0
0
Image result for utm space


1. Permohonan bermula: 07/11/2016 - 31/12/2016

2. Senarai program yang ditawarkan:
  1. Sarjana Muda Ukur Bahan
  2. Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian)
  3. Sarjana Muda Sains Komputer (Rangkaian dan Keselamatan Komputer)
  4. Sarjana Muda Sains (Pentadbiran dan Pembangunan Tanah)
  5. Sarjana Muda Sains (Pengurusan Harta Tanah)
  6. Sarjana Muda Kejuruteraan (Geomatik)
  7. Sarjana Muda Pengurusan (Teknologi)
  8. Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran)
  9. Sarjana Muda Sains (Pembangunan Sumber Manusia)
  10. Sarjana Muda Kejuruteraan (Awam)
  11. Sarjana Muda Kejuruteraan (Kimia)
  12. Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekanikal)
  13. Sarjana Muda Kejuruteraan (Petroleum)
  14. Sarjana Muda Kejuruteraan (Bio-Perubatan)
  15. Sarjana Muda Sains (Kimia Industri)
  16. Sarjana Muda Sains (Matematik Industri)
Permohonan kemasukan klik sini

Maklumat lanjut:


Telefon: 
  • UTMSPACE Johor Bahru 07-521 2000
  • Kampus UTMSPACE Pulau Pinang 04-642 2140
  • Kampus UTMSPACE Kuala Lumpur 03-2772 2500
  • Kampus UTMSPACE Kuching 082-275 666
Emel: enquiry@utmspace.edu.my

sumber: Berita Harian

Ekspedisi Bukit Laka - Program Lepas PT3

$
0
0
Ekspedisi Bukit Laka, bukit laka,Program Lepas PT3
Pemandangan dari atas Bukit Laka

Tahu takBukit Laka kat mana?

Sebenarnya saya pun tak tahu kat mana sehinggalah saya menyertai Ekspedisi Bukit Laka ini huhu...

Ekspedisi Bukit Laka ini adalah sebahagian daripada Program Lepas PT3 sekolah saya.

Pada mulanya saya memang tak bercadang nak menyertai Ekspedisi Bukit Laka ini. Iyalah, dah tua tak larat nak panjat-panjat bukitnih. Lepas tu, saya dah lama tak berekspedisi seperti ini. Seingat saya, kali terakhir saya memanjat bukit ialah masa zaman universiti dulu.

Tapi, disebabkan kekurangan guru perempuan, maka saya pun sertailah. Saya, Kak Ina (senior) dan Ina (junior) haaaa.

Saya: Kak, saya nak naik kereta, akak dan Ina nak join tak?
K.Ina: Eh, ko nak naik kereta? Kitarang nak jalan kaki.
Saya: Erk, korang jalan ek? Ok,lah saya jalan jugak (sebenarnya memang tak terpikir dalam sanubari, saya nak berjalan kaki ke Bukit Laka. Tapi memandangkan Kak Ina yang lebih senior jalan kaki, takkanlah saya nak naik kereta kan? Malu lah weh!!)

Ekspedisi Bukit Laka, bukit laka, Program Lepas PT3
Agihan makanan dan minuman untuk sarapan pagi

Dari sekolah, nak sampai ke basement ini pun sangat jauh bagi saya. Berjalan kaki okeh, bukan naik kenderaan.

Saya: Kak, akak nak naik ke?
K.Ina: Iyelah Rin.
Saya: Ina?
Ina: Naik jugak kak.
Saya: Erk, oklah, saya naik. (Takkan semua orang naik, saya tak naik kan? Nak-nak lagi kak Ina yang lebih senior naik Bukit Laka. Malu wehhh!!)

Saya pun panjatlah Bukit Lakatu. Mula-mula tu ok lagi. Landai je.

Ekspedisi Bukit Laka, Program Lepas PT3, bukit laka,
Cantik kan?

Ekspedisi Bukit Laka, bukit laka, Program Lepas PT3
Jalan Bukit Laka

Korang tengoklah jalan Bukit Lakatu. Takde pohon-pohon nak dipaut. Semata-mata bergantung kepada kekuatan kaki.

Ntah berapa kali saya duduk, bangun, minum air. Letih sangat. Beberapa kali saya rasa nak berhenti. 

Saya: Kak, akak nak naik lagi ke?
K.Ina: Ye, jom Rin
Saya: Adeh, ok-ok

Ekspedisi Bukit Laka, bukit laka,Program Lepas PT3

Ini adalah tempat ke-2 akhir sebelum sampai puncak Bukit Laka

Bila dah sampai ke tempat ke-2 akhir sebelum puncak Bukit Laka tu, rasa gembira sangat. Rasa macam tak percaya saya boleh sampai. Saya macam dapat semangat baru hehe

Saya: Kak, Ina, jom naik sampai atas?
K.Ina: Ko naik lah Rin
Saya: Ok

Bila melihatkan ramai murid yang dah sampai puncak Bukit Laka, saya pun nak rasa jugak sampai ke puncak Bukit Laka tu.

Saya: Jom-jom naik atas (bertanya pada sekumpulan budak-budak yang duduk berehat, masing-masing dah tak larat naik atas)
Budak 1: Cikgu naiklah...kitarang tak larat
Budak 2: Cikgu nak naik ek? Saya pun nak naik

Saya bersama dua tiga orang murid naik lagi menuju puncak Bukit Laka

Budak 1: Wah cikgu semangatnya?
Saya: Mestilah, kau dah sampai, takkan tak nak naik atas, rugi weh(ceh, pada mulanya saya tak nak jejak pun Bukit Laka ni haha)

Budak 2: Cikgu come on cikgu, come on
Saya: Ye ye, saya nak turunkan 10 kg nih haha

Ekspedisi Bukit Laka, bukit laka, Program Lepas PT3
Yeay!!! Akhirnya saya sampai puncak Bukit Laka!

Alhamdulillah sampai jugak ke puncak Bukit Laka. Letih jangan cakaplah tapi berbaloi-baloi tengok pemandangannya. Semua yang kat bawah nampak kecil je.

Ekspedisi Bukit Laka, bukit laka, Program Lepas PT3
Saya suka tengok awan tu. Macam gula-gula kapas

Nak naik satu hal, sekarang ni nak turun pulak. Memandangkan takde dahan-dahan yang nak dipaut, saya kena menggunakan tongkat.

Hidayah: Meh cikgu, pegang tangan saya. (Patutnya saya pegang tangan murid, haha!!)

So, tangan sebelah kiri saya memegang tangan Hidayah, tangan kanan saya memegang kayu (tongkat)

Budak3: Cikgu cepat cikgu, macam mana nak turun 10kg nih? (bila tengok saya dah hidayah menuruni Bukit Laka dengan begitu perlahan)
Saya: Haha,ko ni kan, tak habis-habis nak nganjing (perli) saya

Ntah berapa kali saya nak tersungkur bila menuruni Bukit Lakani. Kalau saya tersungkur, Hidayah pun tersungkur jugak lah. Naya anak orang huhu

Ekspedisi Bukit Laka, bukit laka, Program Lepas PT3
Sampai basement!!

Alhamdulillah, kami dah sampai ke basement. Yeah!! 

Budak: Cikgu sampai atas ke?
Saya: Yep, alhamdulillah
Budak: Alaa, malu pulak saya dengan cikgu
Saya: Erk(dia tak tahu, sebenarnya saya tak nak panjat pun Bukit Laka ni pada mulanya)

Bila dah sampai bawah ni, murid-murid ni ada pertandingan memanggang burung puyuh. Cikgu-cikgu tak join, hanya sebagai pemantau sahaja.

Ekspedisi Bukit Laka, bukit laka, sungai, sungai bukit laka, Program Lepas PT3
Ada sungai

Ekspedisi Bukit Laka, bukit laka, memanggang, memanggang burung puyuh, Program Lepas PT3
Salah sebuah kumpulan

Korang tengoklah, kreatif ke tak kumpulan ni. Panggang sekaligus macam tu. Sejujurnya, saya tak merasa aktiviti macam ni masa saya bersekolah dahulu. 

Saya akui, saya akan panik kalau tercampak dalam hutan macam ni huhu. Saya takde survival skill

Korang ada survival skill?

p/s: Letih bukan kepalang. Sebulan baru hilang sakit-sakit badan huhu, tapi berbaloi-baloi ^_^

p/s: kita takkan tahu kebolehan diri kita selagi kita tak mencabar diri kita ^_^

Peluang Pengajian Tinggi Di Jepun Dengan Tajaan Yayasan Pelajaran MARA

$
0
0
Image result for yayasan pelajaran mara


Yayasan Pelajaran MARA mempelawa pelajar-pelajar yang memenuhi syarat dan kelayakan untuk mengikuti kursus intensif Bahasa Jepun"Selangkah Lagi Ke Jepun 2017" sebelum dipertimbangkan untuk tawaran biasiswa pengajian Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan di Jepun untuk Sesi Akademik 2017/2022.

Syarat dan Kelayakan Minima
  • Terbuka kepada pelajar Bumiputera
  • Berdasarkan Keputusan Percubaan SPM 2016 seperti berikut:
  1. Matematik 
  2. Matematik Tambahan
  3. Fizik
  4. Kimia
  5. Bahasa Melayu
  6. Semua subjek tersebut pencapaian minima A

Cara Memohon:

Tarikh tutup: 
31 Disember 2016

Pemohon boleh menyemak status panggilan temuduga selepas 13 Januari 2017 di laman web http://www.mjhep.edu.my

Pemohon yang tidak menerima jawapan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

Pertanyaan lanjut:

Alamat: 
Yayasan Pelajaran MARA (YPM), Malaysia-Japan Higher Education Program (MJHEP), No.19-G, Jalan TPS 1/5, Taman Pelangi Semenyih, 43500 Semenyih, Selangor. 

Telefon: +603-8723 4044/1563/2616/3039
Fax: +603-8723 3053 
(Bahagian Hal Ehwal Akademik)

Sumber: Berita Harian

Rumah P.Ramlee dan Galeri P.Ramlee Pulau Pinang

$
0
0

Selepas bersarapan pagi di Stesen Bas KOMTAR, Pulau Pinang, boleh baca entri di sini

Rumah P.Ramlee dan Galeri P.Ramlee Pulau Pinang
keadaan stesen bas KOMTAR

Saya pun memutuskan untuk ke Rumah P.Ramlee dan Galeri P.Ramlee Pulau Pinang

Seperti yang ditulis dalam entri sebelum ini, boleh baca di sini dan sini percutian ini tidaklah dirancang dengan rapi. Jadi semua tempat yang diterjah adalah ibarat 'tiba-tiba muncul' dalam kepala, dan kaki pun mengikut sahaja.

Jadi, jalan-jalan ke Rumah P.Ramlee Pulau Pinang dan Galeri P.Ramlee Pulau Pinang ini tiba-tiba muncul di kepala lepas bersarapan haha!!

Tidak sukar sebenarnya nak ke Rumah P.Ramlee dan Galeri P.Ramlee Pulau Pinangnih, tanya je dekat orang sekeliling, diorang boleh jawab naik bas nombor berapa.

Saya ingatkan Rumah P.Ramlee dan Galeri P.Ramleeni jauh dari Stesen Bas KOMTAR, rupa-rupanya dekat sahaja. Dalam 15 minit je dah sampai.

So, saya sampai awal. Jam 8.15 pagi macam tu. Rumah P.Ramlee buka jam 9.00 pagi. Saya pun duduk lepak kat gerai makan berhadapan Rumah P.RamleeDuduk saja-saja sambil baca surat khabar.

Tepat jam 9.00 pagi, saya masuk ke Rumah P.Ramlee Pulau Pinang.

Jom layan gambar:

Rumah P.Ramlee dan Galeri P.Ramlee Pulau Pinang

Rumah P.Ramlee dan Galeri P.Ramlee Pulau Pinang

Rumah P.Ramlee dan Galeri P.Ramlee Pulau Pinang

Rumah P.Ramlee dan Galeri P.Ramlee Pulau Pinang

Rumah P.Ramlee kecil dan sweetje. Penuh dengan memori P.Ramlee.

Lepas Rumah P.Ramlee, saya ke Galeri P.Ramlee pula. Galeri P.Ramleeni kat sebelah Rumah P.Ramleeje.

Masa saya masuk ke Galeri P.Ramlee, ada keluarga Cina, datang dari Kedah sedang meneliti keratan akhbar yang ada. P.Ramlee, peminatnya datang dari pelbagai kaum!


Rumah P.Ramlee dan Galeri P.Ramlee Pulau Pinang

Terkesima tengok garapan penulis akhbar dulu-dulu. 

Rumah P.Ramlee dan Galeri P.Ramlee Pulau Pinang

Saya sempat membeli poskad khas P.Ramlee untuk di bawa balik! Yeahhh!!

Kalau pergi ke Pulau Pinang, jangan lupa datang Rumah P.Ramlee dan Galeri P.Ramlee tau!!

AsyaAmin - Fixed Bloglist Segment

$
0
0

Pagi ini, oppss, tengahari ini, rasa nakjoin segmen. Jadi, jumpalah segmen ini (di atas).


Tarikh mula : 17/12/2016
Tarikh tamat: 23/12/2016

Jom ramai-ramai kita join ^__^

Klik banner untuk join!

Pasar Karat Rope Walk Lorong Kulit Pulau Pinang

$
0
0
Sebelum keluar dari Galeri P.Ramlee, boleh baca di sini, saya sempat bertanyakan pada pakcik penjaga Galeri P.Ramlee di situ, ada tak tempat menarik di sekitarnya.

Menurut pakcik itu, ada sebuah pasar karat dekat-dekat situ. Jadi, saya pun singgahlah di pasar karat. Setelah Google, nama pasar karat itu ialah Pasar Karat Rope Walk Lorong Kulit Pulau Pinang

Sebenarnya, saya tak tahu apakah yang dinamakan pasar karat. Bagaimana rupa pasar karat itu. Haha!! (Pasar Karat Rope Walk Lorong Kulit Pulau Pinang ini memang tak de langsung dalam list saya ke Pulau Pinang. Ini memang main terjah je nih)

Bila tengok gerai jual buah ni, oh! pasar karat ialah pasar malam!!

Pasar Karat, Rope Walk, Lorong Kulit, Pulau Pinang, flea market
 Suka bau buah-buahan, wangi je hehe

Pasar Karat, Rope Walk, Lorong Kulit, Pulau Pinang, flea market
Ini mungkin definisi lebih tepat mengenai pasar karat, jual barang-barang lama. Wang kertas lama, CD lama, setem lama.

Pasar Karat, Rope Walk, Lorong Kulit, Pulau Pinang, flea market
Harga pada Setem baju Cheong Sam tu RM3 dan RM5 dijual pada harga RM45 wooo.

Pasar Karat, Rope Walk, Lorong Kulit, Pulau Pinang, flea market
 Duit syiling lama pun ada

Pasar Karat, Rope Walk, Lorong Kulit, Pulau Pinang, flea market
Kat luar ni pun ada macam-macam barang yang dijual.

Saya tak beli pun, cuci mata je. Best jugak tengok barang-barang lama kat sini.

Selepas ke Pasar Karat Rope Walk Lorong Kulit Pulau Pinang ini, saya ada misi penting untuk diselesaikan. Haha!! Cuba teka?

Permohonan Program Al-Syahadah Al-Ulya Ulul Albab (Sijil Tinggi Pengajian Agama Islam) Tahun 2017

$
0
0
Image result for yayasan terengganu

Kerajaan Negeri Terengganu dalam usaha untuk melahirkan Ulamak Rabbani yang pakar dalam agama Islam dan kehidupan serta memiliki sahsiah dan keilmuan yang tinggi yang boleh disamatarafkan atau melebihi kesahsiahan dan keilmuan tokoh-tokoh Islam ternama Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, Dr. Wahbah Al-Zuhaili, Dr. Muhammad Said Al-Buti, Dr. Muhammad Al-Mukhtar Al-Syanqiti dan ramai lagi yang menjadi bintang dan pelita kepada ummah pada masa kini.

Bagi merealisasikan hasrat ini, Kerajaan Negeri Terengganu akan menjalankan program pengajian Al-Syahadah Al-Ulya Ulul Albab sebagai kaedah melahirkan ilmuan Islam yang berpengetahuan tinggi dan luas dalam ilmu duniawi dan ukhrawi (Ulul Albab) dan ia merupakan program perintis (pilot-project) dan yang pertama di Malaysia. 

Pelajar yang mengikuti program ini akan memperoleh Sijil Tinggi Pengajian Agama Islam dan akan melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sains dan agama dan seterusnya ke peringkat Ijazah Sarjana serta PhD dalam bidang pengajian Islam di universiti yang terpilih.

Permohonan adalah dipelawa kepada semua warganegara Malaysia keutamaan kepada anak negeri Terengganu yang berminat serta mempunyai sahsiah yang baik, kemahiran insaniah (softskill) dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan sebagaimana berikut:

Syarat-syarat kemasukan:

  1. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia (lelaki sahaja)yang berumur tidak melebihi 16 tahun pada 2017. Keutamaan kepada rakyat negeri Terengganu.
  2. Lulus Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) 2016 dengan mendapat sekurang-kurangnya 6A termasuk mata pelajaran Matematik, Sains, Pendidikan Agama Islam dan Bahasa Arab.
  3. Telah menghafal Al-Quran sekurang-kurangnya 20 juzuk.
  4. Bersetuju mengikuti program ini hingga tamat
  5. Lulus dalam proses temuduga
Permohonan boleh dibuat secara online melalui laman web www.ytrg.terengganu.gov.my atau www.myimtiaz.com.myyang akan dibuka sebaik sahaja keputusan PT3 2016 diumumkan.

Untuk terus ke borang permohonan, klik sini
Tarikh tutup permohonan adalah 14 hari selepas keputusan PT3 2016

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi
Pengarah
Yayasan Terengganu
Bangunan Yayasan, Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu

Tel: 09-6221733 
Faks: 09-6232944
(u.p: Bahagian Pengurusan Imtiaz)

"Transformasi Terengganu Baharu"


sumber: Berita Harian

Jar of Hearts Christina Perri

$
0
0

Jom layan lagu Christina Perri - Jar of Hearts. Kord gitar yang boleh dikatakan agak mudah.

Klik sini untuk kord gitar.

Selamat Tinggal 2016

$
0
0
Image result for 2017
Sorry korang, lama tidak mencatat apa-apa kat sini. Sebab sibuk. Okeh, itu alasan biasa. Huhu

Hurmm, sebenarnya bukan alasan itu pun, lebih kepada mood yang tak menentu, nak-nak lagi bila menjelang tahun 2017 niMungkin ini akan menjadi artikel terakhir di tahun ini. Wallahualam.

So, macam mana dengan tahun 2016 korang? Mesti berwarna-warnikan? Mestilah ada suka dan duka. Takkan suka je memanjang, ye tak?

Semuanya ada ups and downs. Ada turun dan naiknya. Tulis blog ini pun sama. Kadang-kadang datang anginnya, mencurah-curah idea. Kadang-kadang, tepu, beku kepala hotakhaha!!

Selama bercuti dari menulis ini pun ada orang datang membaca ye. Macam tak percaya je ahaks!! Iyelah kan, blog ini bukanlah blog retis gitu. Terima kasih banyak-banyak! 

Semoga artikel-artikel sebelum-sebelum ini memberi manfaat kepada korang. Kalau korang suka baca Alhamdulillah. Kalau korang menyampah pun Alhamdulillah jugak. Tiada orang yang sempurna.

Terima kasih atas komen-komen yang datang meninggalkan jejak kasih hehe. Maaf kalau ada komen yang tak berbalas, mungkin terlepas pandang.

Tahun depan, In Syaa Allah, kalau korang nak buat giveaway atau yang seumpama dengannya, saya akan pertimbangkan untuk menaja hadiah.

So, guys, wish you all the best! May Allah bless us all!!

Hadiah Emas dan Simkad Onexox Untuk Komentator 2016

$
0
0

Hey! Selamat datang 2017, inilah entri pertama pada tahun ini!!

Ok, tengok gambar yang ditepek di atas itu. Jadi, seperti yang dijanjikan dalam entri yang lepas, boleh baca di sini, dan sini, tibalah masa untuk diumumkan pemenangnya.

Tahniah Cik Tom!! Dengan 216 komen. Fuhhh, hebat jari jemari Cik Tom, nih hehe. Emas Public Gold 0.5g edisi terhad menjadi milik anda. Yeah!!

Ok, setelah bermimpi, 6 top komentator pun akan diberi hadiah penghargaan. Ianya berupa Simkad Onexox setiap seorang. Yeah!! Dalamnya dah ada kredit RM5 tau!

Penerima Simkad Onexox:

Sila beri alamat untuk pengeposan ya. Boleh Whatapps 01120982764 atau emel hazreen2008@yahoo.com

Harap semuanya gembira ^___^

p/s: anies, sorry tak pos lagi simkad Onexox hari tuh, kali ini saya pos sekali 2 Simkad Onexox ya. Nanti anies emel, atau whatapps alamat.

Ok, berakhir sudah 2016 kita. Terima kasih atas sokongan anda semua. Jangan lupa meninggalkan jejak di sini ya. 


Erkkk, esok sekolah. Lagu kat bawah ini sesuai sangat:


Bye!

7 Kesilapan Murid Sekolah Tingkatan 4 Tentang Sekolah Sementara

$
0
0
Image result for books

Selalu menjadi perhatian saya bila awal tahun ialah murid tingkatan 1 dan tingkatan 4.

Tingkatan 1 sebab peralihan daripada darjah enam (kanak-kanak Ribena) ke tingkatan 1 (remaja Ribena), tingkatan 4pulak sebab hanya selangkah ke SPM.

Selepas 2 hari penuh mengendalikan Program Orientasi murid tingkatan 1, hari ini saya berpeluang singgah di kelas tingkatan 4.

Saya sempat singgah di kedua-dua buah kelas tingkatan 4 sekolah saya. Dapat saya simpulkan bahawa 7 kesilapan murid sekolah tingkatan 4 tentang sekolah sementara ialah:

1. Sekolah sekarang hanyalah sebagai sekolah sementara, untuk menunggu tawaran sekolah lain. Contohnya: Kolej Vokasional.
2. Tidak memberikan sepenuh perhatian dan tidak membuat kerja rumah yang dibekalkan oleh guru di sekolah sementara, sebab hati dan minda berada di sekolah idaman.

3. Murid menganggap, namanya telah tersenarai di sekolah idaman, cuma belum dapat masuk sebab tiada kekosongan di asrama. Dalam kes ini, sekolah idaman belum memberikan memo kelulusan untuk masuk ke sekolah idaman. Ini bermakna, murid tersebut dalam status "masih belum diterima masuk ke sekolah idaman"
4. Pertukaran ke sekolah lain tidak dibuat dengan lebih awal. Ini menjadikan murid terpaksa belajar dahulu di sekolah sementara.
5. Hanya mengharapkan 1 panggilan dari 1 sekolah sahaja contohnya Kolej Vokasional. Kalau tak dapat Kolej Vokasional, tak tahulah nak ke mana.
6. Sebenarnya tak minat pun dengan subjek sekolahsementara(sekolah lama). Tapi, sebab malas nak uruskan perpindahan, duduk sahaja di sekolah tersebut. Sepatutnya, murid harus cari sekolah sementara yang boleh menyediakan subjek yang lebih kurang sama dengan yang di tawarkan dengan sekolah idaman.
7. Bila tak dapat ke sekolah idaman, baru nak fikir pindah ke sekolah lain ketika di Tingkatan 5! (Bagi saya, sudah terlambat)

Adakah awak rasa berbaloi-baloi menghabiskan masa selama 2 tahun kepada subjek dan sekolah yang pada andaian awak tidak sesuai dengan jiwa raga, limpa dan hempedu awak?

Atau lebih tepat saya tanyakan soalan: awak nak ke sejarah PT3 berulang?

p/s: Sila jumpa saya, perkhidmatan saya percuma

Giveaway India & Tahun Baru by Dyllarezan

$
0
0


What? OMG!!!

Ini yang perkataan pertama yang keluar dari hati saya. Eh, macam mana tu?? Haha

Okeh, tarik nafassssss...

India weh, India!! Ini adalah negara idaman saya! Saya nak pergi India. Sahabat-sahabat rapat memang tahu dah saya memang mengidam nak pergi India.

Akhirnya saya dapat baca di blog pasal India kat http://dyllarezan.blogspot.my/

Sebelum ini, saya ada baca buku Namastee India oleh Siti Noridah Ab. Rahaman, habis dibaca dalam masa 1 hari maaahehe.

Ok, tak nak cerita pasal impian saya ke India. Jom join segmen di atas. Klik banner untuk join.

Serius, kalau saya tak menang pun takpe, saya memang nak baca pasal India. Kalau menang bonus lah weh hehe!!

7 Kelebihan Blog Sebagai Medium Pengajaran dan Pembelajaran Paling Mudah Untuk Guru

$
0
0
Image result for blogspot logo png


Al-kisahnya, semalam ketika saya di Bilik Guru:

Cikgu X: Hazreen, akak nak mintak tolong ni...
Saya: Tolong apa tu kak?
Cikgu X: Tolong akak buat blog
Saya: Erkkkk
Cikgu X: Hazreen ada blogkan?
Saya: Erkkk, ada kak
Cikgu X: Nanti ajar akak ye, untuk tugasan universiti akak.
Saya: Alahai kak, saya biasa-biasa je

Ok, saya tak tahu nak describe macam mana perasaan saya. Sebab bagi saya blog saya biasa-biasa sahaja. Macam tak layak je nak beri tunjuk ajar pada orang lain.

Satu lagi, malu weh, sebab blog saya ada cikgu sekolah yang baca...haishhh malu malu malu hehe.

Hari ini bila masuk ke Bilik Guru, Cikgu X cakap lagi pasal hal blogtu. Nampak lah kali ini Cikgu X lagi bersungguh-sungguh.

Cikgu X: Hazreen, nanti tolong ajar akak pasal blog tau.
Saya: Ermmm, boleh kak. Ada pengerasnya hehe
Cikgu X: Apa?
Saya: Alaaa, akak bagi saya sup kambing, kambing bakar, nasi minyak, bla bla bla...
Cikgu X: Aik? Banyaknya
Saya: Takdelah kak, gurau je. Saya ok je, bila-bila akak free. Ikut masa akak.

Blog saya ini dah berusia 7 tahun huhu. Dah masuk sekolah darjah 1 hehe. Banyak dah yang saya lalui, ia tidaklah begitu sukar untuk dibina jika dibandingkan dengan medium lain.

Saya pernah menjadi Guru ICT sekolah, hebat tak? Saya akui saya bukanlah orang yang mahir IT sangat. Walaupun masa zaman dulukala ada jugak minat nak ambil kursus IT masa kat universiti.
Oleh kerana itu, saya telah dihantar menjalani kursus membuat laman web toooooot. Ketika saya menghadiri kursus tersebut, saya telah pun mempunyai blog sendiri. Jangan kata saya, guru lain yang kurang mahir IT, lagilah sukar nak memahaminya. Saya tak tahu apa dah jadi dengan laman web tersebut.

Selepas itu, keluar lagi medium baru yang lebih canggih tapi, pada saya masih tidak semesra blog. Pada saya medium baru itu, sangatlah leceh, dan ianya terhad kepada sekolah sahaja. Tidak seperti blog, yang mana pembaca kat Zimbabwe pun boleh baca blog saya. Eh, ada ke orang Zimbabwe yang tengah baca sekarang ini? Cuba angkat tangan!

Okeh, di sini saya nyatakan 7 kelebihan blog sebagai medium pengajaran dan pembelajaran paling mudah untuk guru.

1. Percuma - tak payah bayar apa-apa
2. Mudah nak dibina
3. Mudah nak diselenggara
4. Kerjasama dengan pencarian Google yang osem (sekarang ni, apa-apa sahaja orang tanya Google)
5. Mudah nak di link kan dengan media sosial yang lain. Contohnya Facebook dan Instagram
6. Lebih mesra pembaca - tak macam laman web toooot
7. Boleh jana duit maaaaa hehe

So, amacam?? Jom cikgu-cikgu kita berblog hehe!!

Mahukah Kita Berubah?

$
0
0

Everything Has Changed - Taylor Swift & Ed Sheeran

Entri kali ini perlu di baca dengan menggunakan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) haha!!

Ada banyak isi tersirat di sebalik yang tersurat. 

Well, (dah kuar omputihnya), tadi ada cikgu baharu kat sekolah. Dia ingatkan saya mengajar subjek Bahasa Melayu haha. Tak boleh blah.

Saya memang suka Bahasa Melayu, bahasa jiwa bangsa gitu.

Ok, kembali kepada topik.

Semuanya dah berubah. Yep, antara yang dah berubah ialah:
1. Presiden Amerika dah berganti baharu
2. Matawang Malaysia jatuh tergolek
3. Harga rumah kat Batu Kikir dah takde RM300 ribu
4. Kes buang bayi makin banyak
5. Waktu persekolahan makin lama wehhh
6. Isi minyak RM50 tak penuh satu tangki
7. Kes rasuah hurmmmm

Ok, korang boleh tambah lagi dalam senarai di atas.

Apa warna kesukaan korang???

Jeng Jeng Jeng 

p/s: Sis Lisa Nurulain, oktak font macam ni??

Image result for time for change
Viewing all 218 articles
Browse latest View live