Minggu lepas saya didatangi salah seorang bekas anak murid saya yang telah menduduki SPM tahun 2015. Sebenarnya, saya tak sangka yang dia hadir untuk berjumpa dengan saya. Bukan tak pernah bekas anak murid berjumpa dengan saya di sekolah, tetapi selalunya, kalau diorang nak jumpa, mesti akan beritahu dahulu sebelum datang.
~~~ di luar surau~~~
Saya : Eh! Awak, nampak makin handsome...
Murid : (senyum)
Saya : Awak buat apa kat sini? (dalam kepala saya, mungkin nak ambil sijil berhenti sekolah)
Murid : Saya nak jumpa cikgu. Ada benda sikit nak bincang. (Sambil menunjukkan sampul surat berwarna putih)
Saya : (Saya terkejut) Eh! boleh-boleh. Tapi saya ada relif (kelas ganti) sekarang ni, pukul 1:00 petang boleh?
Murid : Boleh cikgu, saya tunggu.
Saya : Ok, pukul 1:00 di Bilik Kaunseling ye.
~~~ Pukul 1:00 petang di Bilik Kaunseling~~~
Saya : Yep, apa yang boleh saya tolong?
Murid: Saya dapat surat tawaran dari mana ntah. Itu yang datang nak tanya cikgu.
Saya : (Saya membelek-belek surat yang diberi). Ini surat tawaran sambung belajar dari swasta. Saya pun tak pernah dengar nama institusi ini.
Murid : Oh, takpelah cikgu, saya tak minat pun. Cikgu, saya nak tahu pasal tingkatan 6.
Saya : Oh! Awak nak amiktingkatan 6?
Murid: Ye
Saya: Ok, tingkatan 6 ni ~bla bla bla~ (sambil tulis di papan putih di bilik saya untuk bagi penjelasan kat dia ni)
Murid: (Berkerut-kerut)
Saya : Tingkatan 6 kena fokus, banyak baca. Tak boleh main-main. Betul awak nak amik tingkatan 6? (Sebab saya kenal murid saya macam-mana orangnya)
Murid: Ntahlah cikgu, ramai saudara-mara saya suruh amik tingkatan 6. Diorang kata bagus amik Tingkatan 6 ni.
Saya : Memang bagus amiktingkatan 6ni. Awak nak amik sebab saudara-mara suruh?
Murid: Ntahlah cikgu, saya tengok saudara saya yang ada Master dan Ijazah masih belum kerja.
Saya : Yep, zaman sekarang ni, memang susah nak cari kerja. Apa minat awak sebenarnya?
Murid: Saya suka gunting rambut, cikgu.
Saya : Ha! Boleh amik bidang kemahiran
Murid: Itulah cikgu, abah saya pun cakap boleh masuk IKBN.
Saya : Jadi, kenapa nak amiktingkatan 6pulak?
Murid: Ntahlah cikgu, saya memang nak amik kemahiran, tapi ramai yang cakap-cakap suruh amiktingkatan 6.
Saya : Keluarga awak cakap apa?
Murid: Keluarga saya tak kisah. Terpulang pada saya nak belajar kat mana.
Saya : Keluarga awak tahu tak, awak minat gunting rambut?
Murid: (Daripada duduk bersandar, murid ini mendepankan badannya, matanya bersinar-sinar). Abah saya tahu, dia siap belikan saya satu set mesin gunting rambut.
Saya: Nah, sekarang ni apa masalahnya? Awak tahu dah minat awak gunting rambut, keluarga pun menyokong...
Murid: (Tersenyum)Ntahlah cikgu, saya jadi keliru dengan cakap-cakap orang, orang tu kata macam ni, orang ni kata macam ni...Lagi satu cikgu, saya terfikir, kerja gunting rambut ni tak gah mana...
Saya: Eh! Sekarang ni perkhidmatan gunting rambut dah komersial. Ada penggunting rambut yang dahbukak 2 atau 3 cawangan. Ada yang keluarkan produk minyak rambut. Glamer sekarang ni. Ada yang promosi di Instagram dan macam-macam.
Murid: Betul tu cikgu.
Saya : Kalau awak bekerja dengan minat, semua benda jadi senang. Kalau awak bekerja kerana terpaksa, buat sakit hati sahaja. Hidup ni singkat. Awak berhak buat pilihan.
Murid: Saya dah nampak nak pilih mana cikgu.
Saya : Jangan lupa isi UPU
Murid: Ok, terima kasih cikgu
p/s: Penulisan perbualan ini telah disingkatkan. Perbincangan sebenar ialah 1 jam dan beberapa minit. Jenuhlah nak tulis perbualan sejam, dan jenuh jugak korang-korang yang nak membacanya, ye tak? Terselit jugak perbualan yang merapu. Itu seharusnya tidak dipaparkan untuk bacaan umum hehe.