Quantcast
Channel: Cikgu Siti Hazreen
Viewing all articles
Browse latest Browse all 218

Pengalaman Membuat Video Menggunakan Stupeflix

$
0
0


Video Majlis Perpisahan GPK HEM 
05/02/2016

Video?


Saya ada sedikit kenangan indah dan banyak kenangan pahit membabitkan membuat benda alah ni.

Terus terang, saya bukanlah orang yang mahir...saya sangatlah kurang mahir dalam bab-bab IT berbanding orang lain, walaupun saya ada terpaut hati sedikit dengan bidang IT ni.

Tapi, kalau majlis perpisahan atau program-program lain di sekolah, memang sayalah yang kena buat. Padahal ramai lagi yang berbakat besar dari saya. Saya guna satu perisian tu je, dan saya rasa semua orang pasti dah jemu + muak + nak muntah tengok video yang saya hasilkan. Serius, inilah perasaan saya. 

Selalunya, saya gunakan Windows Movie Maker 2.6 haaa, ada lagi ke orang guna? Yep, saya guna. Sebab saya tak tahu perisian lain. Ada cadangan? Movie Maker yang baru, saya langsung tak reti guna.

Meh, nak cerita, pengalaman pahit. Pernah satu ketika, Windows Movie Maker 'hang' dan video perlu dibuat semula dari awal. Nak tahu saya tidur pukul berapa? Pukul 4:00 pagi!! Esoknya ada majlis.

Pernah juga, saya terlupa nak buat video! Haaaa, masa tu horrible sungguh! Majlis itu di hadiri tetamu VIP berpangkat besar dalam dunia pendidikan, dan saya boleh terlupa! Malu memang malulah, tapi saya rasa, bekas pengetua saya lagi malu kot, nak menjawab dekat VIP tu. Huhuhu

Berbalik kepada cerita asal, kali ni, tangan saja-saja gatal nak mencuba perisian lain untuk menghasilkan video. Saya godek-godek kat internet, jumpalah Stupeflix. Agak osem juga.

Stupeflixni video maker online yang percuma. Di atas itu ialah hasil menggunakan perisian Stuperflix. Walaupun ianya percuma, masih tetap cun apa yang Stuperflixni diberikan.

Kelebihan Stupeflix:
1. Ada banyak tema yang boleh dipilih, antaranya Classic, Outline dan sebagainya. Saya pilih tema Scrapbook.
2. Ada banyak muzik latar yang boleh dipilih. Saya pilih Cannonballs, yang berdurasi 2:53
3. Ada banyak pilihan untuk memuatnaik gambar, antaranya dari komputer sendiri, Instagram, Facebook dan sebagainya. Saya memuatnaik daripada komputer sendiri. Gambar yang dimuatnaik adalah bersaiz besar kerana menggunakan menggunakan kamera DSLR dan saya tiada masa untuk resize gambar-gambar itu.
4. Ada 6 jenis transition. Saya guna semuanya.
5. Boleh masukkan teks dan peta! Saya masukkan teks sahaja.
6. Gambar tu boleh dimainkan mengikut kelajuan muzik.
7. Boleh dikongsi dengan pelbagai media sosial. Tapi, saya tak tahu mana silapnya, saya tak boleh nak kongsi di Facebook.


Kekurangan Stupeflix: (ehem ehem, dah namanya percuma kan?)
1. Video yang terhasil adalah 360p sahaja, jadi tidak berapa jelas gambarnya.
2. Ada beberapa muzik yang disenaraikan, memerlukan kita Upgrade ke PRO.
3. Ada juga tema yang kena upgrade baru dapat.
4. Tak boleh download! Arghhhhh!! 

Kalau nak lagi baik dan ada ummmppphhhh, kenalah Stupeflix ini upgrade ke PRO (dikenakan bayaran bulanan)

Bila tak boleh di simpan (di download), ia hanya boleh dimainkan sekiranya ada internet. Haaa, berpeluh jugaklah saya fikir macam mana nak mainkan video ini di surau (tempat majlis diadakan), kerana di surau tiada internet. Jadi sebelum ke sekolah pagi Jumaat yang lalu, saya streaming dulu di rumah saya menggunakan 2 buah laptop, dan membawanya ke sekolah. Haru kan? Memang haru!

Dengan laptop yang masih on, saya cucuk di LCD, dan berdoa dan berharap, murid-murid yang berkerumun di sekitar laptop itu tak menekan mana-mana butang di laptop. Sebab, kalau tertekanlah mana-mana butang tu, memang kena streaming balik! Mana ada line internet wooo!

Akhirnya, video dapat dimainkan untuk tontotan semua. Fuhhh!! Video itu hanyalah berdurasi 2:53 tapi mengambil masa yang sangat lama wooo!!

p/s: Ada cadangan perisian lain samada yang percuma atau berbayar? Boleh tulis di ruangan komen ya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 218

Trending Articles