Quantcast
Channel: Cikgu Siti Hazreen
Viewing all articles
Browse latest Browse all 218

Hari Ini Cuti Sakit

$
0
0
sakit, sick

Semalam, balik sekolah 6:15 petang (yep, saya tak tipu)dahtakdedah ayat "cikgu balik cepat, pukul 2:00 petang dah sampai rumah". Nasib baik jarak sekolah ke rumah 5 minit sahaja. Kalau sejam? Tak ke haru?
Habis mesyuarat 6:10 petang, ok!

Semalam, memang terasa matahari terik sangat. Silau mata dibuatnya. Nampaknya saya kena buat cermin mata baru. Yang cerminnya boleh bertukar gelap tu.

Semalam, memang ada kena gigit nyamuk. Ok, cemas sekejap...gulp gulp

Semalam, memang mengantuk giler. Masa tu saya tengah menaip minit mesyuarat. Tak sampai suku minit mesyuarat, save dan tidur. Haha!

Tak sangka, pukul 3:30 pagi, kena selsema. Adoiii...badan jadi lesu. Bangun pagi, sakit kepala. Terus ke klinik swasta.

Saya parking kereta sebelah kereta doktor. Alhamdulillah, doktor dah ada...yeah! Saya pesakit pertama. Duduk 10 minit, nama dah kena panggil. 


Doktor periksa hidung, tekak, ambil tekanan darah. Lepas tu dia cakap pasal apa ntah, panjang lebar jugak. Saya angguk-angguk tapi memang tak ingat langsung apa dia cakap.

Dapat slip cuti sakit hari ini. Bayaran perubatan RM42.00 gulp, gulp.

Balik rumah dan rehat. Bersyukur sebab masih hidup. Masa cuti sekolah hari tu, ada 2 orang meninggal. Seorang tu bekas anak murid yang seorang lagi penjaga murid. Kedua-duanya meninggal dalam usia muda dan keadaan yang tak disangka-sangka. 

Harap esok boleh pergi sekolah.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 218

Trending Articles