Bila dah semakin naik usia, semakin saya jadi pelupa banyak benda. Makin banyak kerja yang bertimbun. Kadang-kadang ia luput dari ingatan macam tu je. Terukkan saya?
Hari ni, saya nak kongsikan tentang aplikasi organizer yang saya gunakan. Bukanlah nak kata lepas guna benda ni, saya jadi lebih tersusun, tapi ok lah...not bad. Ia membantu saya, sekurangnya tak lupa. Ada kerja, tapi belum siap hehe.
Aplikasi Rainlendar ini dah lama saya tahu. Saya tengok kawan saya gunakan sejak tahun 2007 lagi. Saya pun letak di desktoplaptop, tapi jarang digunakan, mungkin pada masa itu, masih belajar, takdelahnak letak apa sangat dalam Rainlendar ini.
Lama lepas tu, saya dah tak gunakan akibat daripada laptop saya kena format. Saya takinstall semula aplikasi Rainlendar sebab saya ingat, saya tak perlukan organizer. Kononnya, kuat ingatan lah tu hehe.
Rupa-rupanya saya silap, saya sangat perlukan organizer, nak-nak lagi waktu sekarang ni (bekerja). Saya tulis dibuku catatan. Tak jalan. Saya tulis dalam takwim sekolah, tak jalan. Beberapa kali terfikir nak beli planner(yang macam diari tu) tapi nanti buat pekasam je! Sebab memang pernah jadi pun!
Jadi, saya terfikir nak letak sticky note katdesktop laptop. Saya mulalah google. Macam-macam yang keluar. Dah install, lepas tu buang. Sebab tak kena dengan saya. Akhirnya, saya teringat pasal aplikasi Rainlendar. Aha!
Logo Rainlendar

Contoh

Contoh
Aplikasi Rainlendarni ada macam-macam skin yang boleh dipilih. Semuanya cantik-cantik belaka.
Aplikasi Rainlendar ini boleh disesuaikan dengan semua orang. Jadi ia sediakan banyak kotak-kotak untuk diisi maklumat-maklumat. Oleh kerana saya seorang yang simple, saya hanya isi maklumat-maklumat yang penting sahaja. Contoh, tarikh dan mesyuarat apa. Itu sahaja.
Untuk maklumat lanjut, korang boleh baca di laman web Rainlendar ye. Boleh klik sini.
Kalau nak download boleh ke sini
Harap membantu ^__^