
Hari Ahad yang lepas, saya dan rombongan sekolah ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi untuk Karnival Jom Masuk U.
Kali ini ntah kali ke berapa saya menghadiri karnival sebegini. Tak terkira kot. Sejak jadi kaunselor sekolah.
Apa yang ada di sana?
Mestilah ada orang kan. Ramai giler. Tapi mungkin tak seramai hari Sabtu. Kawan-kawan yang pergi hari Sabtu cakap, jalan macam siput. Terlalu sesak. Hari Ahad, ok lah. Nasib pergi hari Ahad.
Apa yang ada lagi?
Booth Universiti Awam (UA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). IPTS ni terlalu banyak sampaikan ada nama-nama yang tak pernah di dengar pun.
Dekat booth-boothni lah, diorang akan terangkan pasal universiti diorang ni. Kursus-kursus yang ditawarkan, syarat kelayakan dan sebagainya.
Kadang-kadang murid-murid tanya kaunselor, kaunselor pun tak terjawab, bukan apa, sebab terlalu banyak institusi pengajian yang ada. Jadi, inilah platform terbaik bagi murid-murid bertanyakan terus soalan-soalan yang terbuku di minda itu kepada orang-orang lebih arif di booth-booth tersebut.
Selalunya, orang yang berada di booth ialah mereka yang arif tentang sesebuah institusi itu. yelah, masa inilah nak promosi habis-habisan kan institusi masing-masing.
Ini Husna, bekas anak murid. Sekarang di SMAP Labu. (Anak murid lagi cerah bersinar dari cikgu)
Ini pun Husna jugak, sekarang di SMAD Kelana. (Lagi tinggi dari cikgu)

Tingkatan 5 tahun ni. (Anak murid lagi ceria dari cikgu. Sebab diorang tak tahu apa dah cikgu dia lalui bagi menjayakan rombongan kali ni)
Bawak budak tingkatan 5 ni memang bagus. Tepati masa. Senang hati. Makan, Solat diorang urus sendiri. Cikgu tahu dalam bas dah ready.
Terima kasih kepada pihak JPNS kerana bagi bas percuma pergi balik.