Quantcast
Channel: Cikgu Siti Hazreen
Viewing all articles
Browse latest Browse all 218

Yeah!! Cashout Nuffnang Kali Pertama Selepas 6 Tahun!

$
0
0
Image result for nuffnang

Saya suka tinjau kalau ada surat hutang saya di pejabat sekolah. Al-kisahnya, kelmarin saya tinjau kot-kot lah ada surat hutang. Hurmmm, ada sepucuk surat untuk saya dan saya memang terfikir ianya adalah surat hutang. 

Tapi tak sangka pulak cek dari Nuffnang. Rasa macam nak melompat-lompat! Haha! 


Ok, saya tahu jumlahnya tak seberapa ^__^

Bila dah cecah RM50, saya pun request kat Nuffnang nak cashout. Tarikhnya 17 Febuari 2016. Cek Nuffnang sampai kat tangan saya pada 12 April 2016. Lama kan?

Ini adalah kali pertama saya cashout Nuffnang setelah 6 tahun menulis blog. Nak dapat RM49.54 tu punyalah seksa! 


Jadi, tadi saya ke bank untuk masukkan cek. Kat belakang cek tu kena isi nombor akaun bank. Ikut langkah-langkah yang tertera di mesin deposit cek. Ini pun kali pertama saya berurusan dengan mesin deposit cek. Teruja!

Harap-harap akan menyusullah pendapatan yang kedua, ketiga dan seterusnya daripada Nuffnang. Hehe!

p/s: Hurmmm, boleh beli apa dengan RM49.54??

Viewing all articles
Browse latest Browse all 218